fbpx
ANGGOTA keselamatan memeriksa lokasi letupan selepas serangan BLA di Quetta semalam. – AFP 

33 maut serangan pemisah di Pakistan, 3 pengebom wanita terbunuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Kumpulan pemisah melancarkan serangan ‘terkoordinasi’ di seluruh Balochistan semalam, membunuh sekurang-kurangnya 15 anggota pasukan keselamatan dan 18 orang awam, kata tentera Pakistan.

Ia merupakan keganasan terbaru di Balochistan, wilayah barat daya yang dilanda pemberontakan.

Seorang pegawai tentera berkata, seramai 92 anggota pemisah termasuk ‘tiga pengebom bunuh diri’ turut terbunuh.

Pakistan memerangi kumpulan-kumpulan pemisah di Balochistan selama beberapa dekad, dengan militan kerap menyasarkan pasukan keselamatan, warga asing dan penduduk luar di wilayah tersebut yang kaya mineral dan bersempadan dengan Afghanistan serta Iran.

Media tentera berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan berlaku di beberapa lokasi termasuk ibu negeri wilayah Balochistan, Quetta dan bandar Gwadar.

“18 orag awam dan 15 anggota keselamatan terbunuh,” kata media tentera Pakistan (ISPR) dalam satu kenyataan, sambil menambah, tentera turut membunuh 92 pemberontak

Tentera Pembebasan Baloch(BLA) yang merupakan kumpulan pemisah paling aktif di wilayah itu mengaku melancarkan siri serangan semalam dalam satu kenyataan dihantar kepada AFP.

Menurutnya, mereka menyasarkan kemudahan tentera serta anggota polis serta penjawat awam dalam serangan itu termasuk pengeboman bunuh diri.

BLA berkata, lebuh raya utama disekat untuk mengganggu operasi tentera.

Serangan semalam berlaku sehari selepas tentera berkata, pihaknya membunuh 41 pemberontak dalam dua operasi berasingan di wilayah itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI