fbpx
Pegawai kesihatan KKM memantau dan menjalankan saringan ke atas pengembara di pintu masuk negara, KLIA Sepang susulan penularan virus Nipah di Bengal Barat, India. Foto IHSAN CPRC KKM

Virus Nipah: Saringan bersasar pengembara India, Bangladesh di pintu masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko khususnya India dan Bangladesh sebagai langkah mengukuhkan pencegahan susulan penularan wabak virus Nipah di Bengal Barat, India.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, saringan bersasar itu dilaksanakan di semua pintu masuk antarabangsa negara dengan sistem pengimbas suhu badan sentiasa diaktifkan bagi mengesan mereka yang mengalami simptom seperti demam.

“Paling mutakhir kita lakukan adalah semua pengimbas memang sentiasa on (aktif), tetapi kita berikan tumpuan kepada pelancong dan pengembara yang datang khususnya India dan Bangladesh

“Yang dari negara lain pun, kita tidak ambil ringan dan mustahaknya ialah untuk targeted screening (saringan bersasar) itu kita mulakan. Sekiranya ada indikator demam dan sebagainya, kita akan panggil mereka ,” katanya pada Majlis Pelancaran Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung di Kompleks RHB Bangi di sini hari ini.

Ditanya sama ada saringan dilakukan dalam lebih awal di dalam pesawat, beliau berkata, buat masa ini ia belum sampai ke peringkat tersebut.

“Belum sampai pada peringkat itu, tapi saya ingat pada waktu-waktu yang lain, kita dalam keadaan sangat peka, tapi saringan masih lagi di pintu masuk untuk sekarang.

“Semua negara turut mengamalkannya dan kita juga. Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) juga terus meningkatkan langkah-langkah dan prosedur operasi standard dari semasa ke semasa.

“Kita akan lakukan berkadaran dengan keperluan. Untuk sekarang ialah saringan bersasar di pintu masuk negara,” katanya.

Katanya, Malaysia juga sentiasa berhubung dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam melaksanakan pendekatan terbaik susulan laporan virus Nipah yang turut berpotensi membawa maut.

Semalam, KKM mengesahkan tiada kes baharu jangkitan penyakit atau virus Nipah di Malaysia setakat ini, susulan laporan wabak berkenaan yang berlaku di Bengal Barat, India.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, kejayaan Malaysia membendung penularan virus Nipah sejak September 1999 terus dikekalkan menerusi pemantauan berterusan serta langkah kesiapsiagaan kesihatan awam.

Malah, KKM menegaskan, pihaknya terus memperkukuh saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa, khususnya melibatkan pengembara dari negara berisiko. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI