fbpx
BANGKAI pesawat Beechcraft yang terhempas dekat sempadan Venezuela semalam. – AGENSI

Wakil rakyat termasuk 15 korban pesawat terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOGOTA  –  Sebuah pesawat dua kipas membawa 15 orang  termasuk seorang wakil rakyat  Colombia terhempas di kawasan pergunungan dekat sempadan Venezuela semalam, menyebabkan semua penumpang dan kru terbunuh, demikian menurut Bogota.

Pesawat jenis Beechcraft  itu berlepas dari bandar sempadan Colombia, Cucuta dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara sejurus sebelum  mendarat di Ocana sekitar tengah hari semalam(1 pagi tadi waktu Malaysia).

Terdapat 13 penumpang dan dua kru  dalam penerbangan itu, yang dijadualkan mengambil masa 23 minit dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan kerajaan Colombia, Satena.

“Tiada yang terselamat,”  kata seorang pegawai pihak berkuasa penerbangan kepada AFP. 

Punca nahas belum diketahui.

“Seorang ahli parlimen Colombia dan seorang calon perundangan berada di dalam pesawat. Takziah kepada semua keluarga mangsa,” kata Presiden Gustavo Petro di laman X. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN