fbpx
Kereta api terbakar selepas terkena serangan dron tentera Russia di wilayah Kharkiv. - AFP 

Russia serang kereta api penumpang, 4 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala dua lagi cedera selepas Russia melancarkan serangan dron ke atas sebuah kereta api penumpang di Ukraine, lapor akhbar The Sun UK.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan keadaan selepas serangan terbaharu tentera Russia yang menyasarkan lebih 200 penumpang di wilayah Kharkiv. 

Tiga dron jarak jauh Shahed dilancarkan ke atas kereta api yang dalam perjalanan dari Chop ke Barvinkove. 

Dua dron menghentam sisi pengangkutan awam itu, manakala dron ketiga mengenai salah satu gerabak kereta api. 

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian, dengan beberapa bas turut dikerahkan untuk mengangkut penumpang yang terkandas.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan pengeboman itu sebagai tindakan keganasan. 

“Hari ini, Russia menyerang sebuah kereta api penumpang di wilayah Kharkiv. Di mana-mana negara, serangan dron ke atas kereta api dianggap sama iaitu sebagai tindakan keganasan,” katanya. 

Dalam masa sama, Russia turut menyerang bandar selatan Odesa sepanjang malam semalam, menyebabkan kira-kira tiga nyawa terkorban dan 25 lagi cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI