MELIHAT kenderaan berkuasa tinggi atau supercar meluncur laju di jalan raya bukanlah satu pemandangan asing, sementelah panorama sebegitu sesekali akan menghiasi laluan di kawasan mewah atau berstatus. Jenama automotif yang popular dalam kalangan golongan elit, Lamborghini bagaimanapun menjadikan sempadan antara darat dan laut semakin kabur apabila memperkenalkan kapal layar mewah dan eksklusif atau superyacht. Diinspirasikan daripada reka bentuk dan ‘DNA’ prestasi Lamborghini, superyacht Tecnomar for Lamborghini 63 bukan sahaja kapal layar mewah yang menjadi simbol kekayaan tetapi juga manifestasi gabungan……














