fbpx
NANTA LINGGI (empat dari kiri) dan Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan (tiga dari kanan) melakukan gimik pecah tanah sempena Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar, Pontian, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Audit luar syarat wajib pelantikan syarikat konsesi baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) mewajibkan semua syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik audit luar bagi memastikan kualiti kerja-kerja berada dalam keadaan terbaik.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu merupakan penambahbaikan kaedah pemantauan sedia ada yang sebelum ini hanya bergantung kepada pemantauan dalaman Jabatan Kerja Raya (JKR) serta laporan syarikat konsesi.

Menurutnya, melalui syarat baharu tersebut, pasukan audit luar yang dilantikan akan memastikan mutu kerja penyelenggaraan jalan raya dilaksanakan mengikut standard ditetapkan.

“Untuk memastikan kualiti kerja penyelenggaraan dan mutu jalan raya, sebelum ini tiada kaedah khusus selain pemantauan oleh JKR dan syarikat konsesi sendiri. Bagi syarat baharu ini, kita mewajibkan pelantikan audit luar supaya mutu kerja penyelenggaraan berada pada tahap terbaik dan selari dengan piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Pontian Kecil bernilai RM23.12 juta dan Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Besar di sini hari ini.

Tambah Nanta Linggi, tempoh interim selama setahun diberikan kepada syarikat konsesi bagi melaksanakan syarat baharu berkenaan, namun kementerian berharap ia dapat dilaksanakan lebih awal.

“Kita berharap perlantikan baru bagi syarikat-syarikat konsensi penyelenggaran jalan dapat dilakukan lebih awal bagi membolehkan mereka melakukan tugas-tugas seterusnya demi keselesaan pengguna,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI