fbpx
Antara individu yang ditahan dalam operasi khas berkait kegiatan sindiket penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia.- FOTO IHSAN JIM

Sindiket ‘pasport segera’ tumpas, 2 pegawai imigresen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) membongkar kegiatan sindiket penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian selepas menahan tiga lelaki termasuk dua pegawai Imigresen dalam satu operasi khas di Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM dengan kerjasama JIM Johor dan Sabah itu dilaksanakan pada Isnin serta semalam di sekitar Simpang Renggam, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut beliau, seorang lelaki warga tempatan ditahan terlebih dahulu di sebuah premis kediaman di Simpang Renggam kerana disyaki memberikan perakuan palsu bagi mendapatkan Pasport Malaysia.

“Susulan penahanan itu, operasi diteruskan ke Kota Kinabalu dan membawa kepada penahanan dua lagi lelaki yang merupakan pegawai Imigresen, dipercayai bertindak sebagai dalang utama dan ‘pemudah cara’ sindiket berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 32 hingga 40 tahun dan tindakan itu adalah hasil risikan serta pemantauan rapi hampir dua bulan mengikut pendekatan ‘smart enforcement’ (penguatkuasaan strategik berasaskan risikan).

Jelasnya, pasukan operasi turut merampas dua naskhah Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) serta dokumen permohonan PMA secara dalam talian yang dipercayai berkaitan secara langsung dengan aktiviti sindiket tersebut.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan pasport kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara tanpa mematuhi prosedur ditetapkan.

“Mereka mempromosikan perkhidmatan melalui media sosial dan pemohon hanya perlu menyerahkan maklumat peribadi serta gambar,” katanya.

Menurut beliau, keseluruhan urusan permohonan diuruskan sepenuhnya oleh sindiket dengan bayaran sehingga RM12,000 bagi setiap naskhah pasport.

“Pemohon juga tidak perlu hadir ke pejabat Imigresen dan pasport yang siap akan dipos ke luar negara melalui perkhidmatan kurier kepada ejen di sana,” ujarnya.

Tambah Zakaria, kes disiasat mengikut Akta Pasport 1966 dan semua suspek dibawa ke Pejabat Imigresen Johor dan Sabah bagi siasatan lanjut.

Selain itu, katanya, seorang wanita tempatan dan seorang lagi pegawai Imigresen telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa dan tindakan undang- undang akan diambil tanpa pengecualian.

“Termasuk terhadap pegawai jabatan sendiri demi memastikan integriti sistem imigresen dan kepercayaan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI