fbpx
ADAM berkata keterbukaannya untuk beramah mesra dengan orang luar sentiasa berbalas dengan reaksi dingin sehingga membuatkan dirinya terasa seperti syok sendiri.

‘Aku betul-betul rasa segan, aib benda macam ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee mengakui berasa malu dan janggal selepas senyuman ikhlas dan keramahan diberi kepada individu tidak dikenali berakhir dengan tindakan ‘dipalau’ seolah-olah tidak wujud di depan mata.

Ujar Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 32, insiden sedemikian kerap berlaku hingga membuatkan dirinya berasa canggung dan segan meskipun tidak menyimpan sebarang rasa marah.

“Kepada semua pengikut aku, sama ada mengikuti akaun aku atau sekadar tengok secara senyap-senyap, aku tak marah pun. Cuma nak luahkan perasaan.

“Benda ini selalu jadi dekat aku. Contohnya aku berdiri di luar, orang lalu berdua di depan. Aku pandang sebab naluri manusia kan, kemudian aku senyum paling ikhlas.

“Tiba-tiba orang itu buat muka sombong, pandang lain, macam tak kenal langsung,” katanya dalam Instagram.

Lebih menyebalkan kata pelakon filem Babah itu, keterbukaannya untuk beramah mesra dengan orang luar sentiasa berbalas dengan reaksi dingin sehingga membuatkan dirinya terasa seperti syok sendiri.

“Dalam hati terus terdetik, tolonglah jangan malukan aku. Aku betul-betul rasa segan masa itu. Aib juga benda macam ni.

“Mungkin ada orang kata aku perasan artis, poyo atau bajet tapi aku percaya naluri manusia. Bila kita pandang, kita tahu situasi itu jelas.

“Aku tak marah pun. Nak pandang, pandang saja. Aku tak makan orang,” ujarnya.

Paling penting luah suami Sweet Qismina itu, dirinya sentiasa terbuka untuk ditegur mahupun menyapa peminat selain menegaskan tidak pernah meletakkan jurang dengan peminat.

“Aku okey saja kalau orang nak tegur. Mungkin muka aku nampak tak senyum, tapi sebenarnya aku senyum.

“Aku sayang semua. Jumpa depan-depan, tegur saja, semuanya okey,” jelasnya.

Perkongsian tersebut pantas mengundang reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengannya selain berpandangan situasi berkenaan mungkin berlaku tanpa niat atau tidak disengajakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN