fbpx
Kumar

2 pegawai kanan China Press dirakam percakapan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil serta merakam percakapan dua orang pegawai kanan China Press hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penterjemahan salah titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kedua-dua individu yang dipanggil adalah Ketua Editor (Ketua Pengarang) dan Sub-Editor (Penyunting) organisasi media berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut beliau, siasatan dijalankan susulan satu hantaran yang dikesan dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi China Press pada kelmarin yang didakwa memaparkan penterjemahan salah terhadap titah Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen.
“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“(Sisatan dilakukan di bawah) Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, siasatan masih berhubung kes berkenaan masih diteruskan oleh pihaknya.

“Masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara pihak polis melengkapkan siasatan.

“(Ini) demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” ujarnya.

Kelmarin, organisasi media itu didakwa memuat naik kandungan berkongsi titah Sultan Ibrahim bertajuk ‘Tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia’ sebelum menukarnya kepada ‘Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI