fbpx
Anthony berucap pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di KL Sentral, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Cuti Tahun Baharu Cina, tiket ETS hampir ‘sold out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tren elektrik (ETS) sempena cuti Tahun Baharu Cina dilaporkan hampir habis dijual pada ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan berikutan permintaan yang tinggi, KTMB akan menambah perkhidmatan ETS dari 13 hingga 22 Februari bagi beberapa laluan utama.

“Laluan yang terlibat termasuk Kuala Lumpur (KL) Sentral – Butterworth, KL Sentral – Ipoh, KL Sentral – Padang Besar dan Johor Bahru (JB) Sentral – KL Sentral. Setiap laluan akan menawarkan dua trip sehari bagi tarikh tertentu,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, Anthony berkata, sebanyak 26,460 tiket ditawarkan bagi tempoh perkhidmatan tambahan ini, menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi sempena Tahun Baharu Cina adalah maksimum 52 trip sehari.

“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Tahun Baru Cina ini adalah pada 29 Januari 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI