fbpx
WARGA emas mendukung bayi di samping seorang wanita yang membawa seekor anjing di sebatang jalan di Shanghai pada 9 Januari lepas. – AFP

Kadar kelahiran China jatuh ke paras terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING  – Kadar kelahiran di China  jatuh ke paras terendah dalam sejarah pada tahun lalu, demikian menurut data rasmi ketika populasinya merosot untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik usaha pemerintah membendung penurunan tersebut.

Hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan pada 2025, kata pemerintah semalam  iaitu kadar 5.63 kelahiran bagi setiap seribu orang.

Angka itu menandakan kadar kelahiran terendah sejak kelahiran direkodkan oleh Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) bermula pada tahun 1949.

Beijing juga berusaha keras untuk meningkatkan kadar perkahwinan dan kesuburan termasuk  menawarkan subsidi penjagaan kanak-kanak dan mengenakan cukai ke atas kondom. Langkah itu dilaksanakan ketika China bergelut dengan populasi yang semakin pantas menua.

Kadar kelahiran di China menurun secara konsisten sepanjang dekad  lalu, walaupun selepas penamatan ‘dasar satu anak’ dan hanya mencatatkan sedikit peningkatan pada 2024 apabila 6.77 kelahiran direkodkan bagi setiap seribu penduduk.

Paras paling  rendah sebelum ini adalah pada tahun 2023, apabila China merekodkan 9.02 juta kelahiran bersamaan kadar 6.39 bagi setiap 1,000 orang.

Kadar perkahwinan juga berada di paras terendah dalam rekod, dengan ramai pasangan muda menangguh untuk berumah tangga disebabkan kos membesarkan anak yang tinggi dan kebimbangan kerjaya.

Sementara itu, China merekodkan 11.31 juta kematian pada tahun 2025, iaitu kadar kematian 8.04 bagi setiap seribu orang. Ia  membawa kepada penurunan populasi sebanyak 2.41 bagi setiap seribu penduduk, demikian menurut  data NBS. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI