fbpx
Tangkap layar hantaran semakan kelayakan serta pembelian dengan Sumbangan Asas Rahmah.

‘Alhamdulillah masih layak dapat Sara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah masih layak dapat Sara.”

Demikian luahan seorang lelaki selepas menyemak kelayakan bagi program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang mula dikreditkan kerajaan hari ini.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Amer.visuals, dia meluahkan rasa syukur atas sumbangan bantuan secara bulanan tersebut.

“Baru tengah bulan, gaji belum masuk tapi keperluan harian tetap kena beli macam biasa. Alhamdulillah, nasib baik masih layak dapat Sara untuk bujang RM50. Nanti boleh aku guna untuk beli barangan dapur,” katanya.

Sementara itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi barangan yang dibeli mereka dengan menggunakan wang bantuan tersebut termasuk sabun, biskut dan makanan dalam tin.

“Alhamdulillah. Sudah membeli dengan Sara RM50 untuk bujang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 3.1 juta individu bujang berusia 21 hingga 59 tahun layak menerima Sara bulanan. Tinjauan Kosmo! mendapati masih ramai penerima Sara belum membeli barang selepas membuat semakan kelayakan Sara.

“Sudah dapat Sara, tetapi tak tahu nak beli apa lagi sekarang,” balas @Hramikayla.

“Baru buat semakan alhamdulillah dapat bantuan setiap bulan. Mungkin buat beli mi segera untuk makan hujung bulan nanti,” komen @Nrikasara_. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN