fbpx
HARRIF (tengah) diraikan rakan sepasukan sempena persaraannya di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI

Harrif mahu tumpu bidang kejurulatihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pelumba sensasi negara, Harrif Saleh, secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai pelumba profesional selepas 15 tahun mencurahkan bakti bersama Terengganu Cycling Team (TSG). 

Harrif yang mesra disapa ‘Mamat’ itu mula terbabit dalam sukan berbasikal sejak tahun 2008 sebelum menyertai TSG sejak awal penubuhan pasukan berbasikal bertaraf benua itu tiga tahun kemudian.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Pengurusan TSG dan keluarga juga banyak membantu jatuh bangun sehingga saya berada di tahap ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Harrif berkata, bukan mudah mewakili TSG, namun peluang diberikan telah  dimanfaatkan sebaiknya hasil dorongan penyokong dan rakan sepasukan.

Harrif berkata, beliau tidak akan meninggalkan arena berbasikal sepenuhnya apabila akan terus bersama TSG sebagai duta pasukan.

“Saya berhasrat membantu barisan kejurulatihan dalam membimbing bakat muda. Perjuangan bersama TSG tidak terhenti dengan persaraan ini kerana saya akan terus bersama pasukan bagi membantu pembangunan pelumba tempatan,” katanya.

Harrif juga tidak menolak kemungkinan akan menyertai kejohanan tempatan secara terpilih dengan tujuan memberi saingan sihat kepada pelumba muda.

Sepanjang kariernya, beliau mencatat pelbagai pencapaian membanggakan termasuk memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 2019 dan 2020, sekali gus mencipta rekod kebangsaan.

Harrif juga mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai perlumbaan jalan raya berstatus Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Eropah menerusi kemenangan dalam Grand Prix (GP) Velo Manavgat pada 2021.

Sebagai pemenang empat pingat emas Sukan SEA, Harrif dikenali sebagai antara pelumba lebuh raya terbaik pernah dimiliki negara selain figura digeruni di Asia Tenggara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI