fbpx

‘Kami terlampau rindukan Myrol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hebahan mengenai kehilangan mangsa yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Saya berharap sangat agar Myrol dapat kembali semula ke pangkuan keluarga, kami terlampau rindukan Myrol, pulanglah segera anakku.”

Demikian ujar Sudirman Daek, 50, bapa kepada seorang pemuda, Muhammad Amirul Shafiq, 25, yang hilang selepas membuat pembayaran semasa penghantaran (COD) telefon pintar iPhone di Sungai Besi pada 6 Mac lalu.

Terdahulu, Sudirman mence­ritakan saat-saat kejadian sebelum Muhammad Amirul atau ­Myrol tersebut hilang.

“Saya dimaklumkan kehila­ngannya pada pukul 11.30 malam, pada hari kejadian iaitu 6 Mac lalu daripada rakan baiknya.

“Rakannya memberitahu saya, motosikal anak saya masih berada di lokasi di mana dia melakukan penghantaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Artikel berkaitan: Lelaki hilang selepas COD telefon

Jelasnya, pada hari kejadian, dia kerap kali berhubung dengan mangsa melalui WhatsApp.

SUDIRMAN (duduk) bersama Myrol (kanan) bergambar bersama semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Pada hari itu, entah mengapa saya berasa tidak sedap hati, saya dan Myrol saling berhubung melalui WhatsApp, sehinggalah pukul 8.50 malam WhatsApp saya tidak dibalas dan hanya menunjukkan satu tick sahaja.

“Setelah dimaklumkan kehi­langan itu, saya bersama 30 lagi rakan Myrol cuba mencari­nya di sekitar kawasan Sungai Besi, namun usaha kami tidak berjaya,” ujarnya.

Katanya, setelah usaha cuba menjejaki mangsa gagal, dia membuat laporan polis pada pukul 3.35 pagi, 7 Mac lalu di Balai Polis Salak Selatan Baru.

“Saya ada cuba menghubungi dan menjejaki individu yang membuat pembelian daripada Myrol itu, namun gagal.

“Kami sekeluarga juga ada menggunakan kaedah tradi­sional untuk menjejakinya, kami sekeluarga berharap agar Myrol dapat kembali semula ke pangkuan keluarga,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI