fbpx
Azam bercakap pada sidang media khas mengenai rampasan melibatkan bekas panglima angkatan tentera di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Dua pegawai tertinggi ATM dijangka didakwa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka didakwa di mahkamah pada minggu hadapan melibatkan kes rasuah membabitkan tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan dijangka siap seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya Isnin depan.

“Kita akan mencadangkan untuk pertuduhan ke atas dua individu berkaitan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, bekas pegawai tertinggi ATM dibebaskan daripada tahanan reman pada Isnin lalu, manakala kedua isterinya turut dilepaskan selepas tamat proses reman.

Dalam pada itu, Azam berkata, siasatan melibatkan beberapa pegawai kanan ATM yang sedang dilaksanakan ketika ini diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi selain perlu diberi keutamaan disiapkan segera.

Azam berkata, pihaknya juga mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan siasatan berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

“Hal ini memandangkan sensitiviti kes tersebut serta kepentingan maklumat kepada orang awam.

“Saya dengan rendah hati menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau juga tidak menerima sebarang arahan atau direktif daripada mana-mana pihak sepanjang siasatan dijalankan.

“Setiap kes mempunyai keunikan tersendiri dan tidak boleh disamakan antara satu sama lain.

“Dalam kes ini, tanggungjawab itu terletak kepada saya dan saya sendiri telah mengklasifikasikannya sebagai kes berprofil tinggi yang memerlukan tindakan segera kerana rakyat perlu mengetahui status sebenar kes ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN