fbpx
Tangkap layar video perkongsian penghantar makanan tersebut di TikTok semalam.

[VIDEO] Rider terkena lagi, pelanggan pin lokasi jalan mati, rumah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan mengalami detik menakutkan apabila terpaksa melalui laluan sunyi dan jalan mati untuk menghantar pesanan seorang pelanggan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @pencedok8, jelas kelihatan suasana sepi di lokasi yang dilaluinya selain berada di antara kawasan berhutan.

“Jalan mati, tempat sunyi,” katanya.
Dia menambah, lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan di aplikasi penghantar juga adalah salah apabila alamat tersebut membawanya kepada sebuah rumah kosong.

“Pin dekat rumah kosong. Meremang bulu tengkuk,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai meninggalkan tanda tanya mengenai kelibat berwarna putih di hujung jalan seperti yang terakam dalam video penghantar makanan tersebut.

“Apa yang warna putih tu? Congcong (pocong) ka? Abang patah balik sebab salah rumah atau nampak putih tu? Baik jujur,” soal Azim.

“Memang benda tu ke? Atau kain?,” komen pengguna lain.

Namun, apabila diperhatikan dengan lebih teliti, kehadiran ‘benda’ putih itu sebenarnya hanyalah tembok pagar sebuah rumah yang berada di lokasi berdekatan. – KOSMO! ONLINE

@pencedok8 jalan mati tempat sunyi pin dekat rumah kosong 👻 meremang bulu tengkuk 🫠 #fyp #foryoupage #4u #grabrider #insta360x5 ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN