fbpx
MICHAEL CARRICK

Carrick semakin hampir latih Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United dilaporkan sudah bersetuju untuk mendapatkan khidmat Michael Carrick bagi mengetuai pasukan sebagai pengurus sementara hingga akhir musim ini.

Carrick yang juga bekas pemain The Red Devils dilaporkan akan mengetuai pasukan pada perlawanan derbi menentang Manchester City di Old Trafford, Sabtu ini.

Ia menjadi kepulangan semula yang agak sinonim dengan Carrick selepas pernah dipilih bagi menggalas tanggungjawab sama ketika pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada 2021.

Untuk rekod, Manchester United kini berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris dengan 32 mata dan sudah pun tersingkir daripada Piala Liga Inggeris serta Piala FA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN