fbpx
Penduduk beramai-ramai melepaskan dan menangkap semula ikan keli yang dilepaskan. - Istimewa

Penduduk tangkap keli besar dalam lopak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di  Lampung Selatan, wilayah Lampung melepaskan beberapa ekor ikan keli ke dalam lopak jalan dipenuhi air sebagai tanda protes ke atas keadaan jalan raya itu yang tidak dibaiki selama 14 tahun, lapor laman berita IDN Times Lampung semalam.

Dalam sebuah video tular, penduduk melepaskan ikan-ikan tersebut ke dalam air keruh berwarna perang.

Mereka kemudian mencedok ikan keli menggunakan bakul dan bakul buluh, seolah-olah menangkap ikan dari kolam.

Seorang penduduk dikenali sebagai Bagus berkata, protes itu merupakan satu bentuk luahan kekecewaan terhadap pihak berkuasa tempatan.

Beliau percaya pemerintah tempatan tidak memberi perhatian serius terhadap infrastruktur jalan raya di kawasan itu ketika keadaan tersebut telah berterusan selama beberapa dekad.

“Jalan raya itu tidak dibaiki selama kira-kira 14 tahun. Itulah sebabnya kami melepaskan ikan keli di lopak jalan di Dusun Banjarjo, Kampung Merak Batin, Natar,” katanya.

Tambah Bagus, lubang dan keadaan berlumpur sering merumitkan aktiviti sera mobiliti penduduk, terutamanya semasa musim hujan. 

“Selain menghalang pergerekan, jalan raya yang rosak ini juga dianggap berisiko tinggi untuk kemalangan jalan raya,” katanya.

Melalui protes itu, Bagus berharap agar pihak berkuasa tempatan segera bertindak balas dan membaiki jalan tersebut supaya aktiviti komuniti dapat diteruskan dengan lancar dan selamat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI