fbpx
Abang Johari merasmikan Buku Greening Transformation Sarawak 2030 & Beyond sempena Majlis Amanat Premier 2026, '9 Tahun Yang Gemilang' di BCCK, hari ini.

Sarawak kenakan levi karbon bermula tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Sarawak akan mengenakan levi karbon di bawah Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Gas Rumah Hijau) 2023 ke atas kemudahan terkawal dalam sektor minyak, gas dan tenaga bermula tahun ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan ke dalam Dana Perubahan Iklim khusus bagi menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pemuliharaan hutan, pemodenan grid serta inisiatif ketahanan terhadap perubahan iklim.

“Secara keseluruhannya, usaha-usaha ini telah meletakkan semula kedudukan Sarawak. Negeri ini tidak lagi dilihat semata-mata sebagai ekonomi berasaskan sumber, sebaliknya semakin diiktiraf sebagai rakan yang berwibawa dan boleh dipercayai dalam transformasi ekonomi serantau dan global,” katanya pada Majlis Amanat Premier 2026, ‘9 Tahun Yang Gemilang’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Terdahulu, Abang Johari berkata Sarawak memperkenalkan levi karbon di bawah Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Gas Rumah Hijau) 2023 berteraskan asas kewangan dan institusi kewangan yang lebih kukuh dimiliki negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI