fbpx

Xi’an Mulakan Festival Tanglung Chang’an 2026 dengan Pemandangan Cahaya Epik hingga Musim Bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

XI’AN, China, 13 Januari 2026 /PRNewswire/ — Baru-baru ini, perasmian upacara pencahayaan Festival Tanglung Chang’an 2026 yang bertemakan "Beribu-ribu Tanglung Bersinar di Chang’an dan Menyambut Musim Bunga dengan Kuda" telahpun diadakan secara besar-besaran di bandar bersejarah Xi’an, China.

Xi’an Kicks Off 2026 Chang'an Lantern Festival with Epic Light Spectacles to Spring.
Xi’an Kicks Off 2026 Chang’an Lantern Festival with Epic Light Spectacles to Spring.

Festival ini, yang dahulunya diadakan untuk Festival Musim Bunga dan dicepatkan pada tahun ini, menggabungkan warisan budaya bandar yang berusia seribu tahun dengan pencahayaan moden yang menakjubkan bagi mempersembahkan pameran tanglung selama 96 hari yang indah dan mencakupi tiga festival iaitu Tahun Baharu, Festival Musim Bunga dan Festival Tanglung bagi mencipta semula pemandangan Dinasti Tang menerusi "suatu malam bersinar dengan malam-malam yang berseri, sebuah bandar diterangi dengan pepohon api dan bunga-bunga perak."

Festival Tanglung Chang’an pada tahun ini menampilkan dua tempat utama: Taman Da Tang Furong (Syurga Tang) dan Tembok Kota Xi’an yang dipersembahkan melalui naratif darat dan air yang saling bergabung jalin.

Menumpukan pada tiga tema teras — "Khazanah Negara Diberi Nafas Baharu," "Pesona Indah Chang’an" dan "Kuda Zodiak Berlari Kencang" — festival di lokasi Tembok Kota Xi’an ini menggabungjalinkan peninggalan budaya, puisi serta tradisi zodiak menjadi tapestri mempesonakan. Lebih 50 khazanah negara daripada muzium-muzium terkemuka dicipta semula secara digital dan artisanal, melangkah keluar dari dewan pameran dan ke dinding purba. Semasa berlangsungnya Festival Musim Bunga, pasar "Seratus Lorong, Seribu Puisi" akan diadakan di Gerbang Yongning bagi mempamerkan sepenuhnya daya tarikan budaya Xi’an sebagai "Ibu Kota Puisi Tang" dengan bait-bait puisi melangkaui zaman dan ruang.

Festival di Taman Da Tang Furong diteruskan sehingga 6 April. Ia membawakan 39 kumpulan tanglung bertemakan puisi Tang yang mengubah lebih daripada 300 puisi klasik menjadi skrol cahaya-dan-bayang-bayang jelajah yang imersif. Lebih 30 kraf warisan budaya tidak ketara, seperti sulaman Suzhou, anyaman buluh dan solekan wajah opera tradisional diintegrasikan dengan bijak ke dalam reka bentuk tanglung. Pada siang hari, pelawat global boleh menikmati permainan tradisional Cina secara langsung seperti pitch-pot (touhu) dan boling lima belas pin berserta persembahan langsung opera klasik. Pada waktu malam pula, pelancong boleh menikmati pameran periuk api berasaskan air yang menakjubkan, pertunjukan cahaya laser, persembahan air pancut dan juga pertunjukan interaktif.

Sepanjang dua tahun yang lalu, Festival Tanglung Chang’an merentas gunung dan samudera untuk menjadi sebahagian daripada acara kebudayaan bersama-sama lima negara Asia Tengah (Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan). Ia turut menjelajah ke luar negara untuk berkongsi roman gaya Cina yang unik di Amerika Syarikat, Singapura dan juga Malaysia.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860899_MS60899_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI