fbpx
EZZANIE mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya.

Ezzanie Jasny kemalangan, alami kecederaan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat pelakon Ezzani Jasny apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, semalam.

Pemilik nama lengkap Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, itu memaklumkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala, namun bersyukur ibu bapanya berada dalam keadaan selamat.

“Saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapa saya semalam.

“Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat. Saya pula masih belum pulih sepenuhnya dan sedang berusaha untuk sembuh.

“Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaan sebenar,” katanya dalam InstaStory.

Pada masa sama, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu masih menunggu maklum balas doktor berhubung kecederaan dialaminya selain memohon doa orang ramai.

“Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini. Mohon doakan kami, terima kasih,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Ezzani tidak memperincikan punca kemalangan dan hanya memuat naik sekeping foto dirinya terbaring di atas katil hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN