fbpx
HAQIMI memainkan peranan penting apabila mencipta bantuan jaringan dalam kemenangan ke atas PDRM kelmarin. - TFC

Haqimi Azim arkitek kejayaan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTARUHAN pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan untuk terus memberikan peluang kepada Haqimi Azim Rosli membuahkan hasil apabila penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu menghadirkan impak segera.

Mengambil kira tempoh latihan singkat dilalui Haqimi bersama pasukan, Tengku Hazman mengambil pendekatan memberi peranan bebas kepada pemain muda itu yang akhirnya menjadi pencetus kepada gol kemenangan 1-0 ke atas PDRM FC kelmarin.

“Memang saya rancang untuk membawa dia masuk ke dalam pasukan. Walaupun sudah lama tidak bermain, saya tahu dia mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa yang boleh digunakan dan dia membuktikannya pada perlawanan ini.

“Saya tidak menetapkan kedudukan tetap untuknya, saya mahu dia bergerak bebas, boleh tukar mana-mana posisi dan tidak mahu ada peranan tertentu. Dia baru sertai latihan dan terus bermain.

“Saya berikan tugas yang mudah untuk dia faham bagi mengelak dia tidak boleh melakukan tugasnya dengan baik,” katanya.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin, Mohamad Baqiuddin Shamsudin bijak menghidu hantaran Haqimi dan mengembalikan pasukan dalam rentak kemenangan.

“Mengenai itu (masa depan), saya tidak pasti. Status saya sekarang masih sebagai jurulatih sementara dan saya serahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan atasan untuk membuat keputusan,” tambah Tengku Hazman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI