JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Lampung Barat, wilayah Lampung mengundang perhatian ramai apabila dirakam membaling batu secara beramai-ramai ke arah jentera bomba, lapor portal berita Liputan 6.
Kejadian berlaku di Desa Canggu baru-baru ini.
Situasi itu tercetus kerana pasukan bomba tiba dengan lewat untuk memadamkan kebakaran yang melanda sebuah rumah.
“Bomba sudah tiba tetapi rumah itu telah musnah. Tiada guna datang ke sini lagi,” kata perakam video itu, sambil menunjukkan penduduk memukul jentera bomba.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lampung Barat, Domi Nofalisa Utama Faizul menyatakan bahawa anggotanya meneruskan operasi meskipun mendapat ‘tekanan’ daripada penduduk.
“Kami tetap fokus dalam tugas utama kami, selagi ia tidak mengganggu proses pemadaman,” kata Domi. – AGENSI














