fbpx
Polis membuka kertas siasatan berhubung iklan program 'Glamping With Pride' yang dijadualkan pada 17 dan 18 Januari depan di Hulu Langat, Selangor.

5 laporan polis berhubung program ‘Glamping With Pride’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung iklan program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan pada 17 dan 18 Januari depan di Hulu Langat, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak lima laporan polis merujuk kepada aduan yang sama.

“Satu laporan polis dibuat pada 8 Januari lebih kurang pukul 6.10 petang,berkenaan satu iklan program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan pada 17 dan 18 Januari 2026 bertempat di Hulu Langat.

“Program ini dipercayai boleh mendatangkan masalah sosial dan melanggar tatasusila,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Susulan itu Naazron berkata, siasatan sedang dijalankan dibawah seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM50,000.00 atau kedua-duanya sekali.

“Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatasusila dan tidak melakukan perkara yang dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkit pecah keamanan,” katanya.

Katanya, tindakan tegas berlandaskan undang-undang juga akan diambil jika aktiviti sebegini diteruskan.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini bolehlah berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, ASP Nur Ayuni Binti Abd Aziz di talian 0162080717 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN