fbpx
Gambar hiasan.

Serbuan Op Dadu: 5 ditahan disyaki terlibat perjudian mini kasino di Sentul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lima individu disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian mini kasino jenis poker menerusi satu serbuan Op Dadu di sebuah rumah di Lorong Sentul Bahagia 4, Jalan Sentul Pasar, di sini, awal pagi semalam.

Bahagian D7 JSJ IPK Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat risikan kira-kira pukul 12.30 tengah malam

“Pasukan berjaya membuat tangkapan ke atas individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian mini kasino (poker),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penganjur dan pemain serta menetap di rumah berkenaan.

“Tiga lelaki tempatan yang merupakan pemain dan seorang lelaki warga Kanada yang turut disyaki terlibat sebagai pemain.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 hingga 42 tahun,” katanya.

Tambahnya, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa kegiatan perjudian dijalankan, antaranya cip yang digunakan sebagai wang permainan poker, daun terup serta alas meja poker

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen Malaysia.

“Kesemua tangkapan telah dipohon reman sehingga 3 Januari 2026 bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI