fbpx
Sukor (kanan) dan Siti Samiah (tengah, belakang) bersama tujuh anaknya yang mengalami masalah berkaitan saluran pernafasan dan asma sejak kecil ketika mereka ditemui di rumahnya di Kampung Jeram Pasu, Pasir Puteh kelmarin. – TOREK SULONG

‘7 anak kami ada masalah pernafasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Sepasang suami isteri dari Kampung Jeram Pasu di sini, terpaksa berdepan ujian besar apabila tujuh anak mereka disahkan mengalami masalah saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil.

Sukor Abu Hassan, 49, yang bekerja kontrak sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat swasta juga terpaksa menerima hakikat apabila isterinya Siti Samiah Mohd. Yidin, 37, turut menghidap penyakit jantung.

Menurut pasangan itu, mereka kini berdepan kekangan kewangan untuk menguruskan kesemua anak berusia dalam lingku­ngan setahun hingga 17 tahun.

Siti Samiah berkata, dia yang menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu perlu menjaga tujuh anak iaitu Siti Aisyah Alyaa, 17, Ahmad Firdaus, 15, Muhammad Zul Harris, 10, Nur Balqis

Umairah, 9, Muhammad Saifullah, 6, Nur Badariah, 3, dan Siti Nur Arrisya Sofia, 1.

Menurutnya, meskipun kebanyakan anak-anaknya sudah besar, kesihatan mereka perlu diberi perhatian kerana semuanya menghidap saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil.

“Siti Aisyah Alyaa menghidap asma kronik, manakala Ahmad Firdaus pula mengalami masalah saluran jantung dan pernafasan sempit sehingga terpaksa berhenti sekolah pada Ogos lalu.

“Muhammad Saifullah mempunyai saiz jantung besar, manakala Siti Nur Arrisya Sofia yang merupakan anak bongsu mengalami jantung berlubang dan pendarahan dalaman,” katanya ketika di rumahnya di Kampung Jeram Pasu kelmarin.

Siti Samiah berkata, dia yang perlu dirawat akibat masalah jantung terpaksa mengetepikan proses berkenaan di hospital berikutan masalah kewangan yang dihadapi selain merasakan kesihatan anak-anak lebih ­penting.

Menurutnya, anak-anaknya sudah biasa menjamah nasi bersama garam sekiranya bekalan makanan di rumah habis.

“Kami tiada pilihan lain apabila makanan sudah habis. Anak-anak sudah biasa dengan keadaan itu walaupun mereka menghidap pelbagai penyakit,” ujarnya.

Sementara itu, Sukor berkata, dia hanya bekerja kontrak sebagai pembantu operasi engan pendapatan bersih sebanyak RM1,500 sebulan.

“Kami menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM2,000 setahun. Bukan tidak bersyukur, tetapi jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan keperluan harian tujuh anak yang sakit,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Samiah di talian 011-5664 9199 atau terus ke akaun Bank Islam miliknya, 03090020984459.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN