fbpx
Gambar hiasan

Padah serah kad ATM pada ‘polis palsu’, warga emas rugi RM750,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Wang RM750,000 milik seorang warga emas lesap selepas dia menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada ‘scammer’ yang menyamar sebagai pegawai polis pada September lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam membabitkan mangsa lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Katanya, mangsa dihubungi suspek pada September lalu dengan memaklumkan nama lelaki itu terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Warga emas itu diarah menyerahkan dua keping kad ATM kepada suspek untuk membersihkan namanya daripada tuduhan kes pengubahan wang haram.

“Suspek berjanji wang itu akan dipulangkan selepas siasatan selesai. Mangsa hanya menyedari dia telah ditipu apabila terdapat pengeluaran wang daripada akaunnya yang berjumlah RM750,000,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI