fbpx

PolicyStreet Tawarkan Penjimatan Insurans Kereta 10% Tanpa Had Dengan Promosi ’10+10′

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Promosi ’10+10′ menggabungkan diskaun 10% insurans kereta, potongan tambahan RM10 semasa pembayaran, serta tawaran cukai jalan PERCUMA pada penghujung setiap bulan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 DISEMBER 2025 /PRNewswire/ — PolicyStreet memperkenalkan Promosi ’10+10′, kempen insurans kereta terbesarnya setakat ini, yang menawarkan diskaun 10% tanpa had ke atas premium insurans kereta, bersama diskaun tambahan RM10. Lengkap dengan tawaran cukai jalan percuma, kempen ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk membandingkan pelbagai pilihan insurans dan memilih perlindungan yang benar-benar berbaloi, mengikut keperluan dan gaya hidup masing-masing.

Nikmati Promosi ‘10+10’ PolicyStreet dengan diskaun 10% insurans kereta, potongan tambahan RM10 semasa pembayaran, serta tawaran cukai jalan PERCUMA pada penghujung setiap bulan.
Nikmati Promosi ‘10+10’ PolicyStreet dengan diskaun 10% insurans kereta, potongan tambahan RM10 semasa pembayaran, serta tawaran cukai jalan PERCUMA pada penghujung setiap bulan.

"Berlangsung dari 2 Januari hingga akhir April, Promosi ’10+10′  disusun mengikut corak perbelanjaan rakyat Malaysia yang berbeza sepanjang bulan, memandangkan keutamaan kewangan dan aliran tunai tidak sama bagi setiap individu. Matlamat kami adalah untuk menjadikan insurans kereta lebih mudah diakses melalui penjimatan yang bermakna serta pilihan fleksibel yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia merentasi pelbagai situasi kewangan," kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Dari 1 hingga 24 setiap bulan, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun 10% ke atas premium asas insurans kereta selepas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), serta potongan tambahan RM10 dari PolicyStreet yang diberikan semasa pembayaran. Tawaran ini tersedia setiap hari dalam dua slot khas, iaitu dari jam 10 pagi hingga 11 pagi dan dari jam 10 malam hingga 11 malam. Bagi pemandu dengan premium asas selepas NCD berjumlah RM1,000 dan ke atas, diskaun ini bersamaan penjimatan minimum RM100.

Bermula 25 haribulan hingga hari terakhir setiap bulan, kempen ini memberi tumpuan kepada kemampuan dengan menawarkan cukai jalan percuma bernilai sehingga RM90. Rakyat Malaysia juga boleh memilih pilihan pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) seperti Atome, SPayLater atau Grab PayLater bagi membantu mengurus kos awal, tanpa menjejaskan perlindungan yang diperlukan.

Seperti kempen PolicyStreet terdahulu, pelanggan hanya perlu memohon sebut harga melalui car.policystreet.com dan melengkapkan pembayaran dalam tempoh jualan yang ditetapkan untuk menikmati promosi ini, tanpa memerlukan kod promosi. Pautan sebut harga kekal sah sehingga dua minggu, memberi ruang kepada pelanggan untuk membandingkan dan menilai pilihan sebelum membuat keputusan.

Dengan kempen yang berjalan sepanjang suku pertama tahun ini, PolicyStreet memberi fleksibiliti kepada rakyat Malaysia untuk merancang, membandingkan polisi daripada pelbagai penyedia insurans, serta membuat keputusan yang lebih bermaklumat, tanpa perlu tergesa-gesa.

Selain penjimatan, PolicyStreet terus menawarkan pengalaman digital yang mudah dan lancar, membolehkan pelanggan membandingkan polisi insurans kereta, memperbaharui cukai jalan dan meneroka pilihan pembayaran fleksibel, semuanya melalui satu platform.

Ketika rakyat Malaysia mula menyusun perancangan kewangan bagi tahun 2026, Promosi ’10+10′ PolicyStreet menegaskan satu perkara utama: penjimatan yang baik tidak seharusnya mengehadkan pilihan. Melalui perbandingan yang telus, diskaun yang relevan dan pilihan pembayaran yang fleksibel, pelanggan dapat membuat keputusan insurans kereta dengan lebih yakin sejak awal tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi ’10+10′, sila layari https://policystreet.com.my/tnc.

Tentang PolicyStreet

PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.

PolicyStreet bekerjasama secara langsung dengan lebih 40 penyedia hayat, am dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada insurans terbenam (embedded insurance), faedah pekerja tersuai, nasihat kewangan dan pengagregatan insurans, serta pembangunan penyelesaian digital untuk menjadikan insurans bermatlamat dan mudah untuk perniagaan dan pengguna.

Sebagai Penanggung Insurans Semula, Penanggung Insurans Am dan Pengendali Takaful berlesen oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), PolicyStreet dapat menaja jamin, menyesuaikan polisi dan memberikan nasihat yang tepat kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.

PolicyStreet disokong oleh dana kekayaan negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, dan memberi perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan dengan jumlah diinsuranskan melebihi AS$ 10 bilion. Pada tahun 2024, PolicyStreet telah diiktiraf sebagai "Fintech of the Year" di Anugerah Digital Triple A The Asset dan memenangi Anugerah Fintech Excellence untuk Inklusi Kewangan di Singapore Fintech Festival yang disahkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS). Syarikat ini juga disenaraikan sebagai syarikat Malaysia kedua tertinggi dalam senarai "Syarikat Berkembang Tinggi di Asia Pasifik 2024" oleh Statista dan The Financial Times.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854315_MS54315_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI