fbpx
Persembahan warna-warni dengan hiasan pentas yang unik dan menarik, Great British Circus mampu memenuhi hiburan buat semua penonton pelbagai peringkat umur.

Great British Circus ubah persepsi sarkis tradisional, kini lebih berinovatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Masih berkesempatan lagi buat peminat sarkis untuk menyaksikan Great British Circus yang kini menampilkan tema Legend of The Sea di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini  sehingga 11 Januari 2026.

Jelajah Great British Circus bagi tahun 2025 telah mendapat sambutan menggalakkan di pelbagai bandar utama di negara ini sehingga berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung kerana persembahan daripada kumpulan tersebut begitu menerujakan, padat dengan ilmu menarik selain berhibur dengan persembahan nyanyian serta lawak jenaka.

Bersesuaian dengan tema Legend of The Sea, pentasnya dihias cukup kreatif  dengan tarikan unik warna warni serta air pancut membuatkan penonton begitu sibuk mengambil gambar dan video sepanjang acara dijalankan  untuk dijadikan kenangan yang dibawa pulang bersama.

Melalui  penerbitnya, Big Kid Entertainment, sarkis kini menggabungkan pelbagai tema daripada fantasi, pengembaraan, budaya, nyanyian, kreativiti, acara akrobatik yang sekali sekala membuatkan penonton berasa ‘ngeri’ untuk menontonnya.

Tepukan demi tepukan diterima daripada penonton daripada pelbagai peringkat umur dan di sebalik persembahan dan acara lasak tersebut, terselit juga lawak jenaka dan yang penting memberi nasihat kepada penonton tentang manfaat kita menjaga kelestarian laut dan pantai untuk tempoh jangka panjang.

Ia bukan sahaja persembahan daripada satu arah sahaja tetapi ia juga kini melibatkan penyertaan penonton dewasa dan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi sepanjang acara dua jam itu.

Peserta sarkis itu bijak menggunakan pentas untuk beramah mesra dengan penonton cilik dan juga dewasa malah ia juga menghiburkan apatah lagi terdapat acara ‘menembak air’ menggunakan pistol mainan juga begitu mencuit hati penonton.

Kreativiti menghias pentas yang diubah suai dalam dua platform juga memberi kelainan kepada Great British Circus dengan menyelitkan teknologi digital bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan persekitaran semasa.

Setiap peserta yang berpengalaman dalam bidang masing-masing mampu memberi kejutan dan persembahan terbaik sehingga membuatkan penonton tidak berasa jemu dan merasakan tempoh persembahan selama dua jam dengan terdapatnya waktu rihat membuatkan ia terisi dengan pelbagai hiburan yang menarik.

Malah memori bersama keluarga menonton Great British Circus kali ini berjaya mengubah persepsi sarkis tradisional yang dilihat agak membosankan, semoga kumpulan tersebut dapat berkunjung lagi ke Malaysia untuk tema dan persembahan lebih menarik pada tahun depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI