fbpx
Ahmad Kusyairi

Di mana Ahmad Kusyairi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Bandar Puncak Alam sejak 18 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai orang hilang tersebut pada pukul 9.36 pagi, 21 Disember lalu.

“Individu yang hilang dikenali sebagai Ahmad Kusyairi Abd. Rashid berusia 49 tahun dan beralamat di nombor 68, Lorong Cakera Purnama 12/19, Bandar Puncak Alam.

“Lelaki tersebut berkulit coklat, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter dan berat 75 kilogram. Namun, pakaian terakhir yang dipakai tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Saujana Utama, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI