fbpx
Insiden pergaduhan antara si isteri dan teman wanita disaksikan ramai orang. - Ist

Isteri tarik rambut ‘penyondol’, suami laju cabut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menarik rambut kekasih gelap suaminya selepas ‘menangkap’ pasangan itu berdua-duaan di dalam kereta, lapor portal berita Silampari TV semalam.

Kejadian berlaku di Kota Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara.

Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Z, si suami dan teman wanitanya pada awalnya berada di dalam sebuah kenderaan Toyota Fortuner sebelum mereka ‘dicekup’ si isteri.

“Isterinya lantas masuk ke dalam kereta sebelum kenderaan itu dilihat bergoyang,” kata Z.

Tidak lama kemudian, Z berkata, si isteri menarik teman wanita suaminya keluar dari kereta lantas merentap rambutnya.

“Pada masa itu, wanita tersebut diseret keluar sambil rambutnya ditarik,” kata Z.

Dalam video yang dikongsikan, si isteri dilihat memarahi wanita berkenaan sambil menarik rambutnya.

“Awak tidak tahukah dia sudah beristeri dan mempunyai anak? Saya malu gara-gara sikap anda berdua,” katanya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah ketika dua wanita tersebut bergaduh, si suami melarikan diri tanpa disedari.

“Suaminya melarikan diri. Dia meninggalkan isteri dan perempuan itu,” kata Z. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI