fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan netizen beri hadiah di TikTok di siaran langsung dua penceramah agama.

‘Ustaz, tolong tutup hadiah ketika siaran langsung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir netizen seakan mempersendakan penceramah agama apabila memberi hadiah kepada mereka ketika sedang memimpin bacaan doa 1 Rejab menerusi TikTok malam tadi.

Menerusi hantaran seorang pempengaruh juga bekas guru, Mohd. Fadli Salleh, memohon penceramah agama untuk menutup pilihan pemberian hadiah daripada penonton semasa siaran langsung terutama ketika bacaan doa.

“Ustaz dan ustazah yang buat siaran langsung di TikTok, mohon tutup pilihan bagi hadiah di TikTok semasa baca doa khususnya.

“Semalam, masa dua ustaz ini baca doa, ada netizen nakal pergi beri hadiah gula-gula getah dan mee telur mata. Hasilnya sepanjang bacaan doa 1 Rejab, hadiah itu melekat pada tuan badan,” katanya.

Malah katanya, pemberian hadiah itu boleh menjadi ‘senjata’ untuk golongan Islamophobia (permusuhan dan benci ke atas Islam) dalam mempersendakan ajaran agama.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mengecam tindakan netizen terbabit yang seolah-olah tidak beradab.

“Orang yang bagi hadiah itu pun satu hal. Dah tahu kalau bagi hadiah akan jadi seperti itu tapi disebabkan tiada rasa hormat saat penceramah membaca doa, terus buat tanpa berfikir,” komen @AieynZainuddin.

“Netizen sekarang memang kurang beradab. Orang di komen pun boleh sama gelak dan menyakat ibarat sokong tindakan seperti itu,” komen @HaslizaLeeza. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN