fbpx
Gambar hiasan

‘Jangan lupa bayar hutang kawan dulu sebelum pergi bercuti!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jangan lupa bayar hutang kawan dulu sebelum nak pergi bercuti!”.

Itu pesanan Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad kepada orang ramai jika masih ada hutang yang pernah dibuat daripada kenalan masing-masing.

Ia susulan menjadi kebiasaan orang ramai untuk pergi bercuti sama ada bersama teman atau keluarga pada setiap hujung tahun dan cuti penggal persekolahan yang kini sedang berlangsung.

“Jangan lupa bayar hutang kawan, bercuti dan kalut nak ‘update’ dalam Facebook. Tazkirah cuti,” katanya ringkas di media sosial, hari ini.

Pesanannya itu meraih perhatian orang ramai yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

“Lepas tu ada hati lagi nak ‘update’ status dan ‘content’ dekat media sosial,” ujar @Wan Hasbulah.

“Jika ada kawan anda nak pinjam duit, lebih baik anda ‘selfie’ bersama dia sebab itu mungkin kali terakhir anda melihat dia,” kongsi @Shamsinor Shamsudin menerusi sebuah poster grafik.

“Ada orang hutang aku. Dari duduk rumah pangsapuri, pindah banglo tapi sampai sekarang tak bayar RM5,000 kau rasa macam mana,” soal netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN