fbpx
Poster ucapan tahniah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Agong, Raja Permaisuri Agong ucap tahniah kepada kontinjen Sukan SEA 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan meraih 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025.

Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang dan komitmen tinggi dipamerkan oleh para atlet negara.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara, barisan jurulatih, pegawai-pegawai serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan kontinjen negara,” kata kenyataan itu, hari ini.

RPO berkata, Seri Paduka Baginda bertitah pencapaian itu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengorak langkah mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN