fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan Aliff Syukri mempromosikan batu tungku organik laris dijual ketika siaran langsung.

[VIDEO] ‘Aliff Syukri jual batu pun laku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila jualan batu tungku organik habis dijual ketika siaran langsung.

Menerusi video yang dikongsi oleh @Papalarisbyaa di TikTok, kelihatan Aliff bersungguh-sungguh mempromosikan batu tungku ditemani isterinya, Datin Seri Shahida.

“Kepada anda yang ada penyondol, rumah ada perompak, toyol, boleh pakai ini. Batu ini boleh digunakan untuk mereka yang dalam pantang,” katanya.

Sementara itu, Shahida yang menemani suaminya bersiaran langsung turut mempersoalkan pembeli batu sekali gus membuatkan ramai terhibur.

“Siapa yang beli batu itu? Rumah tak ada batu ke? Batu ini berat ya, nanti mahal nak bayar pos,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengguna media sosial turut kagum dengan jualan batu yang habis dijual itu.

“Tengok dia jual batu, aku langsung tak terkejut bila teringat bonda cerita Aliff Syukri jual anak berudu pada kawan-kawan pun laris dijual,” komen @Newbie_677.

“Siapa dah beli, tolong lepaskan batu kembali ke sungai. Kasihan batu pun inginkan kebebasan,” komen @Eazman. – KOSMO! ONLINE

@papalarisbyaa Betul-betul @Aliff Syukri Kamarzaman jual batu 😭.. dengan kita-kita teracun terbeli.. #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #papalarisbyaa #aliffsyukri ♬ original sound – PapaLaris by AA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN