fbpx
Norhazni bertanyakan sesuatu kepada pemilik kenderaan yang diperiksa di R&R Mambau, Seremban hari ini.

‘JAS sasar 95 tapi dapat 94’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) berpuas hati apabila tahap pematuhan kenderaan motor hampir mencapai sasaran sebanyak 95 peratus sekali gus membuktikan tahap kesedaran dan penyelenggaraan kenderaan dalam kalangan pemilik semakin baik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, Dr. Norhazni Mat Sari berkata, ia berdasarkan pemeriksaan ke atas 9,269 kenderaan di seluruh negara sepanjang minggu Op Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan 2025 bermula 4 Disember hingga semalam.

Katanya, hanya enam peratus daripada keseluruhan kenderaan yang diperiksa didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Kita turut mengeluarkan 337 notis arahan pembaikan, 22 perintah larangan beroperasi serta mengemukakan 208 syor kompaun terhadap pemilik kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan ditetapkan.

“Walaupun kadar ketidakpatuhan adalah rendah, faktor usia kenderaan dan penyelenggaraan enjin masih menjadi penyumbang utama kepada kegagalan mematuhi piawaian, terutama melibatkan kenderaan berenjin diesel,” katanya pada sidang akhbar di Kawasan Rehat dan Rawat Mambau, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI