fbpx
Dr. Muhamad Akmal.

Lantikan menteri hak prerogatif PM, usah pertikai – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua pihak diminta tidak mempertikaikan barisan Kabinet baharu Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pelantikan anggota Jemaah Menteri merupakan hak perogatif Perdana Menteri.

“Sesiapa yang Perdana Menteri rasa layak dan nak dilantik, maka beliau boleh buat demikian termasuk beliau boleh melantik bukan wakil rakyat untuk diangkat menjadi menteri.

“Menteri yang dilantik ini lambang ‘air muka’ dan visi Perdana Menteri. Jadi tidak perlu nak pertikaikan siapa yang PMX (Anwar) nak lantik sebab itu ‘baju’ PMX yang nak pakai untuk memimpin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr. Muhamad Akmal berkata, jika menteri yang dilantik tidak berkualiti dan tidak boleh buat kerja, rakyat akan menghukum dengan tidak memberi undi kepada parti politik menteri tersebut.

Kata beliau, sebaliknya jika menteri yang dilantik mampu melakukan kerja dengan baik, maka rakyat akan memberi sokongan dan undi kepada parti politiknya.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada menteri yang telah dilantik supaya tidak lupa kepada janji-janji yang pernah mereka buat kepada rakyat kerana rakyat sudah pandai menilai.

“Tahniah sebab dilantik, tapi ini bukan masa untuk bersuka ria dan buat kenyataan bodoh yang boleh menyinggung perasaan dan sensitiviti rakyat. Ini masa untuk bekerja untuk rakyat.

“Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan perlu dipatuhi, bukan bila jadi menteri semua kamu nak langgar. Jika tidak, pasti ini sepenggal kamu jadi menteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI