fbpx
Gambar hiasan.

10 kementerian bertukar menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 10 kementerian menyaksikan pertukaran portfolio menteri dalam rombakan Kabinet terbaharu yang diumumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kini disandang oleh Hannah Yeoh, manakala jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diamanahkan kepada Dr. Zulkifli Hasan.

Portfolio Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pula kini diterajui oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sementara Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi Kementerian Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dilantik sebagai Menteri Ekonomi, manakala Datuk Seri Arthur Joseph Kurup diberi tanggungjawab sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Selain itu, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kini menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi, sementara Datuk Seri R. Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, manakala Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI