PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak) yang baharu.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang kini diambil alih oleh Adam Adli Abdul Halim.
Manakala, jawatan Adam Adli kini disandang oleh Lo Su Fui.
Perkara itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.-KOSMO! ONLINE














