fbpx
PELANGGAN memilih topi keledar di sebuah premis di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Helmet budak paling tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjual topi keledar mengakui jualan helmet kanak-kanak tidak memberangsangkan walaupun dijual pada harga mampu milik.

Pemilik kedai topi keledar, Khairil Anwar Aseh, 37, berkata, tahap kesedaran ibu bapa untuk memakaikan topi keledar kepada anak-anak masih rendah, terutamanya ketika menghantar anak ke sekolah atau bergerak di kawasan berhampiran.

Katanya, kadar pembelian helmet kanak-kanak sangat rendah berbanding topi keledar dewasa iaitu hanya satu daripada 10 pembelian.

“Harga topi keledar kanak-kanak di pasaran bermula sekitar RM25 hingga RM100 bergantung kepada jenama dan kualiti.

“Kalau ibu bapa sendiri pakai helmet, anak pun sepatutnya pakai tetapi realitinya masih ramai yang ambil mudah, terutama apabila fikir jalan dekat sahaja,” katanya.

Menurutnya, topi keledar murah pun boleh digunakan mengikut bajet masing-masing asalkan mempunyai sijil Sirim dan tidak semestinya yang mahal sahaja selamat

Seorang pemilik kedai motosikal, A. Joshua Arokiam, 42, pula berkata, ketiadaan saiz helmet kanak-kanak berumur di bawah empat tahun menjadi antara kekangan utama.

“Untuk umur dua hingga tiga tahun memang tiada saiz. Helmet hanya sesuai untuk kanak-kanak empat tahun ke atas kerana kanak-kanak bawah empat tahun memang tidak digalakkan dibawa menaiki motosikal,” katanya.

Seorang lagi pemilik kedai helmet, Fauziana Zainol, 41, pula menekankan aspek keselamatan berkaitan pensijilan SIRIM pada setiap helmet.

“Untuk kanak-kanak ada dua jenis helmet. Satu ada SIRIM, satu tidak ada. Yang ada SIRIM lebih mahal, sekitar RM80 hingga RM110, manakala yang tiada SIRIM lebih murah, RM20 hingga RM50 sahaja.

“Kita selalu nasihatkan pilih yang ada SIRIM. Kalau jatuh, yang tidak SIRIM mudah pecah, risiko kecederaan tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN