fbpx
FINNEGAN seakan tidak percaya diumumkan sebagai pemenang emas melombol sebelum meraih gangsa palang imbangan kelmarin.

Sukan SEA: Kejelitaan ratu gimnas curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Gimnas Filipina, Aleah Finnegan terus menambah kilauan pingat di pentas Sukan SEA Thailand 2025 kelmarin apabila meraih gangsa acara palang imbangan wanita, sekali gus mengumpul enam koleksi pingat peribadi sepanjang karier di temasya itu.

Olimpian Filipina itu mencatat markah 12.467 pada final berlangsung di Kampus Rangsit, Universiti Thammasat, Bangkok sehari selepas menghadiahkan pingat emas acara melombol kepada negaranya.

Pingat emas palang imbangan menjadi milik wakil Malaysia, Yeap Kang Xian yang mempamerkan rutin kemas untuk mengumpul 13.233 mata, manakala perak diraih gimnas Singapura, Amanda Yap Ee-lin dengan catatan 12.733 mata.

Finnegan mengakui musim 2025 menjadi tempoh yang penuh emosi buat dirinya, namun bersyukur masih mampu menamatkan kejohanan dengan pencapaian positif serta berada dalam keadaan fizikal yang baik.

“2025 benar-benar satu perjalanan emosi buat saya. Banyak perkara berlaku sepanjang musim ini, tetapi saya sangat gembira masih diberi peluang untuk terus melakukan gimnastik,” katanya.

Menurutnya, keutamaannya adalah memastikan dirinya kekal sihat dan selamat selepas setiap pertandingan, selain mampu menyumbang kejayaan buat negara.

“Paling penting, saya menamatkan kejohanan ini dalam keadaan sihat dan selamat, selain membawa pulang pingat untuk Filipina,” ujarnya.

Prestasi konsisten Finnegan bersama barisan gimnas Filipina sekali gus mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai antara kuasa yang semakin meningkat dalam arena gimnastik Asia Tenggara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN