fbpx
Hantaran Instagram Story yang dimuat naik Faisal Halim hari ini.

Emoji cinta, tangan berdoa dan wanita dalam IG Story Mickey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tanda tanya mula timbul dalam kalangan peminat bola sepak selepas pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, memuat naik hantaran di Instagram Story yang memaparkan seorang wanita dirakam dari arah belakang.

Hantaran itu turut dihiasi dengan emoji cinta serta karakter tangan berdoa.

Situasi dalam hantaran tersebut turut menimbulkan spekulasi peminat, seolah-olah pemain kebangsaan yang dikenali dengan nama jolokan Mickey itu sedang bercuti bersama wanita berkenaan di luar negara.

Walaupun wajah wanita berkenaan tidak didedahkan, kehadiran emoji-emoji yang penuh makna itu mencetuskan rasa ingin tahu ramai pihak mengenai hubungan antara mereka.

Sebelum ini, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim sah bercerai talak dua dengan Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 28 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Terdahulu, kapsyen dengan tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan yang dimuat naik Nur Syazawani selepas selesai proses perceraian bersama Faisal menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN