BANGKOK – Ratu pecut Singapura, Veronica Shanti Pereira terus membuktikan statusnya sebagai pelari terbaik rantau ini selepas mempertahankan pingat emas 100 meter (m) pada aksi Sukan SEA 2025 semalam.
Pelari berusia 29 tahun itu merekodkan catatan musim terbaik 11.36 saat (s) di Stadium Nasional Suphachalasai sekali gus mengekalkan dominasi yang dimulakannya sejak edisi 2023.
Shanti Pereira tidak berdepan banyak tentangan apabila Jirapat Khanota dari Thailand sekadar menghadiahkan perak dengan 11.54s, manakala pelari Vietnam, Thi Thu Ha meraih gangsa dengan 11.58s.
“Ia sangat bermakna kerana Sukan SEA sentiasa istimewa untuk saya. Setiap kali kembali ke sini, saya rasa seperti diberi satu penghormatan,” katanya.
Shanti Pereira turut meluahkan kelegaan selepas akhirnya menembusi zon 11.3s yang diburu sejak musim lalu, selain menyifatkan Stadium Nasional Suphachalasai menjadi lokasi bertuah buatnya selepas mencipta sejarah merangkul gelaran berganda pada Kejohanan Asia 2023. – AGENSI






