fbpx
Si mati ditemui dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian di atas tilam sebuah bilik tidur.

Bunuh isteri: Mangsa ditemukan terbaring, lengkap pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG JAYA – Polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek kejadian bunuh dan simpan mayat isteri selama empat hari di rumah sewa mereka di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, senjata tajam itu dijumpai ketika pemeriksaan pasukan forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut mengambil beberapa sampel berkaitan sejurus menerima maklumat daripada suspek yang mengaku membunuh isterinya di rumah mereka.

“Kita terima laporan daripada suspek kira-kira pukul 11.30 pagi. Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pergi ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan di tempat kejadian menjumpai si mati dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian atas tilam dalam bilik tidur. Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya hari ini.

Katanya, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman pagi ini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke IPD Seberang Perai Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN