fbpx
Gambar hiasan

Amah ‘cabut’ lari tak tahan didera majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang pembantu rumah tempatan melarikan diri dari kediaman majikannya sebelum mendapatkan bantuan dan perlindungan jiran berdekatan di daerah ini, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pukul 8.38 malam tadi.

“Pengadu yang berusia dalam lingkungan 22 tahun memaklumkan didera oleh majikannya yang juga merupakan warga tempatan.
“Mangsa juga mendapatkan bantuan untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 untuk siasatan lanjut.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintenden Ikhwanizam Ismail di talian 019-6000 468 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di alihan 03-6126 2222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI