fbpx
MAJLIS Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 Thailand 2025 diadakan di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada Rabu lalu. - FOTO/AFIQ RAZALI

Peminat dapat rasai kehangatan Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Para peminat sukan tanah air berpeluang untuk merasai kehangatan dan detik gemilang atlet-atlet negara menggalas cabaran Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025 yang akan membuka tirai secara rasmi dari 9 hingga 20 Disember ini.

Peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai Home of Sports dengan liputan menyeluruh temasya dwitahun itu berlangsung di Bangkok dan Chonburi selepas venue di Songkhla terpaksa dipindahkan disebabkan bencana banjir.

Peminat sukan berpeluang mengikuti setiap detik perjuangan atlet-atlet negara menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802), platform digital Astro GO dan sooka untuk setiap perkembangan dari lokasi kejohanan.

Usaha ini mencerminkan komitmen Astro dalam menyediakan liputan komprehensif dan terperinci sepanjang berlangsungnya temasya dwitahunan ini.

Astro akan memulakan liputan temasya Sukan SEA seawal esok (6 Disember 2025) dengan acara tumpuan pastinya sukan bola sepak yang mana skuad lelaki kebangsaan dijadualkan membuka kempen menentang Laos pada hari tersebut.

Sukan badminton juga berpotensi untuk menyumbang pingat emas apabila Malaysia menurunkan barisan terkuat dengan aksi pertama dijadualkan bermula pada 7 Disember 2025.

Aksi tradisi Malaysia menentang Thailand acara sepak takraw turut berkemungkinan menjadi sorotan utama memandangkan kedua-dua negara merupakan seteru utama dalam sukan tersebut dan dijadualkan membuka saingan pada 9 Disember 2025 .

“Kami komited untuk menyediakan liputan menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Sukan SEA merupakan pentas penting yang menampilkan semangat, ketabahan dan pencapaian atlet negara di peringkat antarabangsa.

“Kami mahu setiap detik perjuangan atlet negara dirasai dan dihayati oleh seluruh peminat sukan tanah air,” kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI