fbpx
WAN ROSDY ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Belanjawan Rakyat, 40 peratus bajet dikembalikan kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan hari ini menjadi belanjawan rakyat apabila kira-kira 40 peratus daripada bajet dikembalikan kepada rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tahun 2026, kerajaan negeri menyasarkan kutipan hasil mencecah RM1.279 bilion, meningkat kira-kira tujuh peratus berbanding Belanjawan 2025.

“Keseluruhan bajet ini menjurus kepada rakyat daripada rakyat kepada rakyat, ini jadi kejayaan, apa yang kita dapat kita kembalikan kepada rakyat.

“Saya fikir tadi bagi saya semua lapisan masyarakat terlibat mendapat bantuan kewangan kerajaan negeri,”katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM1.274 bilion diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset.

Katanya ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak RM91.83 atau 7.76 peratus berbanding tahun 2025 dengan lebihan atau surplus sebanyak RM5 juta.

Tambahnya, bagi menampung perbelanjaan pembangunan negeri dan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek, peruntukan sebanyak RM446.26 juta disediakan iaitu kenaikan sebanyak 11.67 peratus daripada peruntukan pembangunan 2025.

Dalam pada itu beliau memberitahu, terdapat tujuh teras utama belanjawan negeri Pahang pada kali ini yang dibuat dengan teliti melibatkan semua pihak termasuk akar umbi.

Katanya teras utama yang ditekankan ialah memartabatkan agama Islam, memelihara institusi Diraja dan mengangkat warisan budaya, melonjak ekonomi negeri, meningkatkan taraf pendidikan dan TVET, membentuk rakyat berjati diri dan melahirkan pemimpin masa depan.

Katanya, selain itu ia juga menekankan kepada teras memastikan tadbir urus dinamik, berprestasi tinggi dan berintegriti, menjamin kelestarian alam dan mensejahterakan kehidupan rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI