fbpx
Gambar hiasan

Pulau Carey sesuai jadi terminal ketiga Pelabuhan Klang – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pulau Carey dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk pembinaan terminal ketiga Pelabuhan Klang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia kerana kedudukannya yang strategik di Selat Melaka.

“Kedalaman semula jadi sedalam
18 meter sesuai untuk kapal-kapal kargo besar bersaiz ultra,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berhubung status terkini perancangan pembangunan
pelabuhan ketiga di Pulau Carey.

Anthony Loke berkata, Jawatankuasa Pemandu Perancangan Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga tersebut.

Menurut beliau, JPPC kemudian akan mencadangkan hala tuju seterusnya untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri.

Jelas beliau, Pembangunan Fasa Pertama terminal ketiga di Pelabuhan Klang di Pulau Carey dijangka dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN