SANDAKAN – Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik tidur selepas dipercayai ditetak abangnya menggunakan senjata tajam di rumahnya di Bandar Karamunting di sini pada Ahad lalu.
Kejadian itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang apabila ibu mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati pintu bilik anaknya terhalang sebelum terlihat lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam keadaan berlumuran darah.
Ketika kejadian, hanya mangsa dan abangnya berada di dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd. Rakman berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga abang mangsa pada pukul 8.45 malam hari sama, sebelum menjumpai seluar berlumuran darah dan tiga bilah parang yang digunakan dalam pembunuhan itu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam. Bedah siasat akan dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak bekerja turut tinggal bersama keluarga di rumah berkenaan. – KOSMO! ONLINE
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Adakah sah wuduk jika ada glitter?
3 Julai 2026, 11:20 am

Kuasa teknologi dan empati wanita, Nadira rintis platform digital ‘care economy’
3 Julai 2026, 11:00 am

Pengecualian caj RM1 hanya di ATM milik bank
3 Julai 2026, 10:17 am

‘Api dalam sekam di mana-mana, jangan ulang lagi’
3 Julai 2026, 9:26 am

‘Untuk sepikan suara kecaman, saya kena jadi luar biasa’
3 Julai 2026, 8:30 am

Murah sangat musang king sampai tak termakan
3 Julai 2026, 8:27 am

Piala Dunia 2026: Argentina mahu elak kejutan
3 Julai 2026, 8:20 am

Piala Dunia 2026: Cape Verde impi takdir terindah
3 Julai 2026, 8:10 am






