fbpx
DATUK Hishamuddin Hashim ditemui di sidang media selepas menyerahkan surat permohonan kepada wakil agensi di Bangunan Jabatan Peguam Negara hari ini.

MHO gesa percepat siasatan penipuan forex RM104 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan Perintah Siasatan (OTI) kepada agensi penguat kuasa bagi mempercepatkan siasatan terhadap kes penipuan Program Pelaburan Mata wang Forex mencecah RM104 juta.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mewakili 500 mangsa mendesak tindakan segera terhadap sindiket terbabit ekoran siasatan didakwa tertangguh sejak 2023.

“Mangsa sudah pergi ke PDRM, Bank Negara, malah ke LFSA untuk serahkan dokumen dan bukti. Tetapi akhirnya mereka diberitahu bahawa tidak ada kesalahan dapat dibuktikan atau bukti dianggap tidak mencukupi. Ini amat mengecewakan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, sindiket itu mempromosikan pelaburan melalui risalah, sesi penerangan maya, mesej peribadi serta kelas latihan forex bagi meyakinkan pelabur bahawa mereka beroperasi secara sah.

“Mangsa terdiri daripada pelabur Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang terpedaya selepas syarikat tersebut didakwa menawarkan pulangan bulanan antara empat hingga lima peratus. Mereka juga menggunakan lesen broker forex dari Indonesia serta lesen perantaraan kewangan di Labuan untuk meyakinkan pelabur.

“Tetapi apabila jumlah dana semakin besar, pembayaran dihentikan dan pelbagai alasan diberikan termasuk akaun dibekukan agar pelabur tidak dapat mengeluarkan pelaburan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI